Jawatan Kerajaan جاوتن كراجأن Muhyiddin_Yassin

Zaman Tun Hussein Dato' Seri Onn (1976-1981)

Badan Perundangan 1976-1981

Beliau pertama kalinya telah dipilih menjadi Wakil Rakyat apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1978. Setelah mendapat kemenangan tersebut, beliau dilantik di dalam Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Pagoh.

Zaman Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)

Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 1981-2003

Pada tahun 1981, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia[30] oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh berkenaan pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia[31] pada tahun yang sama oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Selepas setahun, iaitu pada tahun 1983, beliau telah bertukar portfolio sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian I Malaysia[32] sehingga tahun 1986.

Beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor Darul Ta'zim[33] selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 1986 apabila memenangi kerusi Dewan Negeri Johor (Dewan Negeri) Bukit Serampang. Beliau menjadi Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim sebagai EXCO Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan. Sebagai Ahli Dewan Negeri Bukit Serampang, beliau berjaya mempertahankan kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1990 dan dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim untuk penggal kedua. Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor Darul Ta'zim terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.

Selepas memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1995, iaitu pada bulan Mei 1995, beliau telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia.[34] Empat tahun kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia mulai bulan Disember 1999[35]setelah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 yang lalu.

Zaman Tun Abdullah Datuk Ahmad Badawi (2004-2008)

Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2003-2008

Tan Sri Muhyiddin Yassin (duduk 6 dari kanan) dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada tahun 2006

Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi mengetuai Kementerian Pertanian Malaysia berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan.

Setelah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia[36] yang fungsinya ditambah bagi memajukan sektor pertanian dan industri yang berkaitan agar lebih berdaya saing. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memperkasakan bidang pertanian menjadi suatu perniagaan.

Beliau sekali lagi telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.[37] Beliau menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia dalam tempoh yang tidak lama, iaitu selama lebih kurang 1 tahun kerana selepas itu telah diberi peluang untuk naik ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Zaman Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (2009-2015)

Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2009-2015

Perdana Putra, di mana terletaknya pejabat Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Pada tanggal 9 April 2009, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah bersetuju untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, berikutan peralihan tampuk kuasa Perdana Menteri Malaysia daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan sehingga 5 tahun. Beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I Malaysia[38] dari tahun 2009 hingga tahun 2013.

Menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Dr Robert Micheal Gates di Perdana Putra, Putrajaya

Semasa menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau telah mendiami Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Seri Satria.

Menerima kunjungan hormat daripada Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh di Kuala Lumpur

Kenderaan rasmi beliau adalah merupakan sebuah kereta Proton Perdana Eksekutif bersaiz limousin yang dikhaskan untuk kegunaan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan bernombor pendaftaran W9M.[39] Selain daripada itu, beliau juga menggunakan sebuah kenderaan peribadi berupa sebuah kenderaan pelbagai guna, Toyota Alphard bernombor pendaftaran JBM2.

Beliau juga telah melancarkan laman sesawang peribadi, MY-Malaysia[40] di Angkasapuri pada 30 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berinteraksi bersama rakyat Malaysia.

Seperti yang diduga, beliau telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 yang lalu.


Pada tanggal 15 Mei 2013 di Malaysia, semasa beliau menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-66, beliau sekali lagi telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan sebagai Menteri Pelajaran I Malaysia pada tahun 2013[41] untuk penggal kedua.

Pada 12 Ogos 2013, beliau telah bertukar portfolio daripada menjadi Menteri Pelajaran I Malaysia kepada Menteri Pendidikan I Malaysia.[42]

Pada tanggal 28 Julai 2015, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membuat satu keputusan mengejut iaitu membuat rombakan besar-besaran ke atas Kabinet Malaysia 2013[43] dengan menggugurkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kedudukan Tan Sri Muhyiddin digantikan oleh Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi.[44]

Pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa mempunyai kaitan langsung dengan persoalan yang ditimbulkan oleh beliau berkenaan keputusan Kerajaan Malaysia membekukan penerbitan dua akhbar media perniagaan alternatif di Malaysia The Edge, iaitu The Edge Financial Daily dan The Edge Financial Weekly kerana melaporkan salah laku syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB)[45] dan teguran beliau agar Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak terlibat dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengatakan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Kabinet Malaysia 2015 dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran yang diperlukan oleh Kerajaan Malaysia,[46] walaupun ia merupakan satu tindakan yang sukar demi 'pemantapan dan penyatuan'.[47]

Zaman Tun Dr Mahathir Mohamad (2018-2020)

Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2018-2020

Beliau sekali lagi telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh dalam gabungan parti politik baharu, Pakatan Harapan setelah disingkirkan dari Barisan Nasional. Kerusi Dewan Negeri Johor bagi Gambir juga turut menangi oleh beliau buat kali yang pertama.

Ketika sesi jawapan Menteri di Dewan Rakyat Malaysia pada 2018

Seterusnya, dengan kejayaan tersebut, beliau telah dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia pada 12 Mei 2018 yang lalu.

Pada 21 Mei 2018, beliau telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V[48] di Istana Negara.

Dewan Negeri Johor, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri

Beliau telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negeri Gambir, Johor Darul Ta'zim pada 28 Jun 2018[49] di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim, Suhaizan Kayat.

Pada 12 Julai 2018, Setiausaha Akhbar beliau, Hafiz Abdul Halim telah mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan peringkat awal di pankreas di sebuah hospital di Singapura dan telah mendapat cuti rehat selama sebulan untuk menjalani rawatan susulan.[50] Disebabkan itu, tugas sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia dijalankan sementara oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau tidak dapat hadir untuk majlis angkat sumpah jawatan sebagai Ahli Parlimen Pagoh yang telah berlangsung pada 16 Julai 2018 di Dewan Rakyat di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato' Mohamad Ariff Md Yusof.

Rujukan

WikiPedia: Muhyiddin_Yassin http://img.astroawani.com/2013-03/41363993631_295x... http://intrend.astroawani.com/detail/perkahwinan-m... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/56-adun-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jangan-c... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddi... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddi... http://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin... http://www.astroawani.com/foto-malaysia/mengenangm... http://pru14.bernama.com/newsbm.php?id=1462150 http://2.bp.blogspot.com/--jgil5bA5mo/VWFb5qrdXXI/...